Cara jana pendapatan online - Asas membina Blog

 Sekiranya anda ingin memiliki blog sendiri kena fikirkan tujuan utama blog tersebut dibina.
Terdapat dua pilihan iaitu:

  1. Percuma.
    Anda boleh menggunakan platform seperti Blogger, Wordpress dan banyak lagi platform yang menawarkan servis secara percuma tetapi perlu diingat ianya adalah terhad terutama sekali domain atau alamat Url anda.
    Cara membina blog percuma agak mudah jika dibandingkan dengan yang berbayar sebab segalanya tersedia tanpa perlu apa2 tetapan yang perlu dilakukan. Hanya login ke Dashboard dan terus bina mengikut apa yang ditetapkan termasuk template. Cuma perlu mencari bahan apa yang perlu ditulis atau dipersembahkan.
  2. Berbayar
    Untuk yang berbayar anda perlu mencari syarikat penyedia hosting seperti GoDaddy, Exabytes dan banyak lagi penyedia diluar sana yang menawarkan pelbagai package dimana harga bergantung kepada saiz storan dan juga domain anda. Sesetengah package datang sekali dengan e-mail yang mengikut domain anda dimana ia lebih professional.
    Disini ada perlukan melakukan tetapan atau setup mula untuk blog anda.Saya pernah memiliki domain sendiri sebelum ini tapi dah lama tamat sebab malas nak bayar bil setiap tahun atau bulan. Selepas pembayaran dibuat kita akan diberi link dengan username dan password untuk masuk ke files directory, disinilah kita boleh uruskan segala files yang perlu dimuat naik dan software yang perlu dipasang (Cpanel) dan kebiasaannya untuk blog kita guna wordpress.
    Selepas segalanya siap kita akan mendapat satu lagi link untuk masuk ke Wordpress Dashboard. Dari sini kita boleh mula membina blog sepertimana Blog percuma diatas.

Dari sini kita boleh simpulkan, sekiranya anda inginkan Blog yang nampak professional dengan domain yang unik atas pilihan sendiri maka anda perlu bayar. Kalau nak yang biasa-biasa boleh gunakan yang free ajer.

Untuk membina Blog yang baik anda perlu belajar sedikit bahasa komputer terutama HTML, CSS, PHP dan sebagainya.

Sekian Terima Kasih.
Jom jana pendapatan secara online.

Pak Su (Sebelah isteri)
Ayah Yob (sebelah sendiri)

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara jana pendapatan online - Pengenalan