Cara jana pendapatan online - Pengenalan

 Disebabkan tekanan hidup banyak perkara yang saya buat untuk menjana pendapatan selain bekerja dengan pendapatan tetap. Walaupun bergelar jurutera di syarikat gergasi dunia tetapi masih belum mencukupi untuk menyara kami sekeluarga 9 orang termasuk ibu dan ayah saya. Diantara perkara yang pernah buat secara fizikal:

  1. Membuka Kedai barangan Elektrik bersama kawan.
    Nota: Tetapi hanya bertahan 3 tahun dan terpaksa ditutup sebab kekangan masa dan kewangan.
  2. Membekal mee segera ke kedai runcit dengan jenama sendiri bersama sepupu.
    Nota: Terpaksa berhenti tak tau sebab apa. Ha ha.
  3. Membaiki Desktop atau laptop.
    Nota: Masih aktif cuma untuk kenalan sahaja.
  4. Membaiki Handphone.
    Note: Masih aktif cuma untuk kenalan sahaja.

Itulah episod berniaga secara fizikal, setelah banyak kali gagal saya terpakasa mencari alternatif lain untuk menjana duit pendapatan dengan modal yang paling minima.Diantara perkara yang pernah saya buat dan masih aktif:

  1. Membina Blog.
    Nota: Cara jana pendapatan dengan meletakkan iklan atau link affilates.
  2. Jaul beli barang secara online.
    Nota: Cara jana pendapatan dengan menggunakan drop shipper atau fizikal.
  3. Menjadi freelancer atau bekerja sambilan online.
    Nota: Cara menjana pendapatan mengikut kemahiran anda macam saya Excel Programming.
  4. Gunakan laman sesawang beri pulangan tunai bila membeli belah secara online.
    Nota: Saya menggunakan Shopback sebagai pilihan.
  5. Pelaburan Matawang (Forex).
    Nota: Terpaksa dihentikan kerana fatwa kebangsaan adalah Haram.
  6. Pelaburan Saham.
    Nota: Masih aktif dengan menggunakan Mplus dan RHB trade smart.
  7. Masih mencari alternatif lain. Harap boleh bagi pandangan di ruangan komen.

Sebenarnya cabaran untuk menjana pendapatan secara online adalah amat besar ia memerlukan ilmu, kecekalan dan kesabaran. Oleh itu fokus amat perlu.

Sekian Terima Kasih.
Jom jana pendapatan secara online.

Pak Su (Sebelah isteri)
Ayah Yob (sebelah sendiri)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara jana pendapatan online - Asas membina Blog